suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Voinea bantu PDRM benam MIFA

Voinea (tengah) meraikan gol pertama pasukannya pada perlawanan Liga Premier 2018 antara PDRM bertemu MIFA di Stadium Shah Alam, malam Khamis. fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Jaringan dua gol oleh pemain kelahiran Romania, Petrisor Voinea membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalahkan MIFA 2-0 pada aksi tunggal Liga Premier di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan skuad kendalian Zulhamizan Zakaria naik satu anak tangga di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 22 mata selepas mengharungi 13 daripada 20 perlawanan.

Pada aksi tersebut, kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan bertenaga apabila saling berbalas serangan sebaik sahaja perlawanan dimulakan oleh pengadil, Abdul Rahman Wahab.

PDRM berjaya mendahului seawal minit ke-10 menerusi Voinea yang bijak mengambil kesempatan untuk melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad selepas berlaku kekalutan di hadapan pintu gol pasukan pelawat.

Jaringan 1-0 kekal sehingga waktu rehat meskipun kedua-dua pasukan saling membalas serangan di atas permukaan padang yang licin berikutan hujan lebat berterusan pada sebelah petang.

Bersambung babak kedua, Voinea sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila beliau yang tidak dikawal bijak mengambil peluang menolak masuk bola untuk gol kedua pada minit ke-60.

MIFA yang ketinggalan cuba bangkit memburu gol, namun beberapa gerak serangan diatur gagal menembusi benteng pertahanan pasukan tuan rumah sekali gus menyaksikan PDRM membawa pulang tiga mata penuh. - BERNAMA

PDRM, MIFA, Liga Premier

Artikel Lain