suria

Dimana Ronaldo?

PEMENANG trofi Liga Juara-Juara, Real Madrid memperkenalkan kit terbaharu bagi kempen 2018-2019 tetapi ketiadaan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo mencetuskan tanda tanya.

Ketiadaan Ronaldo menimbulkan spekulasi bahawa pemain itu akan meninggalkan Santiago Bernabeu.

Namun Goal.com mengesahkan ketiadaan Ronaldo tiada kaitan dengan penghijrahannya pada musim panas akan datang.

Kit tersebut diperkenalkan kepada umum pada Selasa dengan Gareth Bale, Toni Kroos dan Karim Benzema memakai jersi terbaharu pasukan itu.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata dia akan terus mewakil kelab itu sekurang-kurangnya selama setahun lagi.

"Ia hari yang menggembirakan dan kami meraikan kejayaan ini. Hala Madrid, tiada yang lain. Terima kasih kepada penyokong. Sehingga tahun depan...'," katanya.

Ronaldo merupakan satu-satunya pemain kesebelasan utama yang gambarnya bersama jersi baharu tidak dimuatnaik di laman web rasmi kelab itu.

Sebaliknya, hanya imej jersi baharu dengan nama Ronaldo di belakang jersi telah dimuatnaik.

Terdapat sebab mudah mengapa Ronaldo tidak terlibat dalam sesi penggambaran itu tetapi persediaan majlis pelancaran tersebut diadakan pada 21 April lalu, tarikh di mana dia ada perkara lain untuk diselesaikan.

Malah Ronaldo telah menandatangani kontrak seumur hidup bersama Nike, jadi timbul komplikasi memandangkan Adidas merupakan penaja kit terbaharu Real.

Cristiano Ronaldo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Salah tak nak komen

Artikel Lain