suria

Marcelo akan tinggalkan Real jika Ronaldo pergi

Marcelo dan Ronaldo memiliki hubungan yang kuat di Los Blancos. - AFP

MARCELO memberikan kata dua akan meninggalkan Real Madrid sekiranya Cristiano Ronaldo berbuat demikian.

Pemain bek penuh Brazik itu dilaporkan memberitahu Florentino Perez mengenai keputusan itu sekiranya dia meninggalkan Bernabeu.

Marcelo dan Ronaldo memiliki hubungan yang kuat di Los Blancos dan telah bermain di posisi kiri sejak beberapa tahun.

Namun, presiden kelab Perez memberi jaminan kepada Marcelo, 30, bahawa dia tidak akan membiarkan pemenang Ballon D'Or winner itu pergi, lapor Don Balon.

Ronaldo telah memohon maaf kepada Real selepas memberikan petunjuk tentang masa depannya susulan perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Selepas perlawanan itu berakhir, ramai yang tertarik untuk mengetahui tentang masa depan CR7.

Ronaldo berkata: "Ini adalah masa untuk menikmatinya, Dalam beberapa hari lagi, saya akan berikan jawapan kepada peminat. Ia memang hebat berada di Real Madrid."

Ketika ditanya jika kenyataan itu merujuk kepada ucapan selamat tinggal, Ronaldo membalas: "Saya akan bercakap lagi dalam beberapa hari. Sekarang masa untuk nikmati saat yang ada. Masa depan mana-mana pemain tidak penting, Kita telah melakar sejarah.

Dalam sebuah lagi temubual dengan media Sepanyol, Ronaldo berkata: "Masalah saya bermula sudah lama. Ia bukan kerana wang. Sesuatu akan berlaku dan saya akan beritahu sesuatu kepada peminat dalam masa seminggu."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Salah terbang ke Sepanyol

Artikel Lain