suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petisyen untuk Ramos cecah 350,000 tanda tangan

Ramos dikatakan sengaja menarik tangah Salah ke bawah ketiaknya sebelum mereka jatuh.

PETISYEN khas untuk Sergio Ramos supaya dikenakan hukuman kini sudah mencecah 350 ribu tanda tangan.

Selepas dua hari aksi final Liga Juara-Juara berakhir yang menyaksikan Real Madrid dinobat sebagai juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, kisah di atas padang masih menjadi bahan bualan.

Ia berkaitan dengan tindakan pemain pertahan Real  Madrid, Ramos yang telah mencederakan 'ayam tambatan' The Reds' Mohamed Salah sehingga terpaksa menamatkan permainannya lebih awal.


Ramos menyebabkan bahu Salah terseliuh dan memaksa pemain antarabangsa Mesir itu menitis air mata gara-gara tidak dapat meneruskan permainannya.

Berikutan itu, satu petisyen untuk meminta Uefa dan Fifa mengenakan tindakan terhadap Ramos.

Liverpool Echo meminta penyokong-penyokong skuad Jurgen Klopp itu supaya menurunkan tanda tangan.

Sergio Ramos, Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Salah terbang ke Sepanyol

Artikel Berikut

Fabinho milik Liverpool

Artikel Lain