suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal sumbang gol, Ronaldo persenda Bale

Gambar daripada AFP.

CRISTIANO RONALDO mendakwa Liga Juara-Juara perlu dijenamakan semula selepas dia meraikan kemenangan kelima dalam kejuaraan itu apabila Real Madrid mencatat keputusan 3-1 ke atas Liverpool.

Bekas bekas pemain Manchester United itu menjaringkan gol dua kali dalam final tahun lalu ketika menentang Juventus dan pada kemenangan 2014 ke atas Atletico.

Ronaldo juga menjaringkan gol penalti dalam kemenangan penentuan pada 2016 ke atas pasukan Diego Simeone di Milan, tetapi terpaksa menjadi 'fiddle' kedua kepada Gareth Bale di Kiev pada perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi Ahad.

Memetik laporan Metro UK, Bale mengambil masa hanya tiga minit untuk memberikan impak selepas gol penyamaan oleh Sadio Mane.

Ia merupakan satu daripada gol terbaik yang dijaringkan dalam sejarah Liga Juara-Juara dengan gaya tendangan 'basikal' antigraviti.

Bintang berusia 28 tahun itu membawa permainan jauh ke depan sehingga ia sukar dikejar oleh Liverpool yang hanya berbaki tujuh minit perlawanan.

Ketika ditanya sama ada dia kecewa kerana tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir dan tumpuan ke atas Bale kerana berjaya membuat tendangan 'overhead', Ronaldo berkata: "Siapa? Mungkin Liga Juara-Juara perlu tukar nama kepada Liga Juara-Juara CR7.

"Siapa yang miliki lebih kejuaraan dan gol?"

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain