suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid bawa pulang Piala Liga Juara-Juara

Pemain Real Madrid menjulang piala Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1. - Reuters

GARETH BALE menjaringkan satu daripada gol bola sepak terbaik Eropah sekaligus membantu Real Madrid mengatasi Liverpool dan memenangi gelaran Liga Juara-Juara kali ketiga.

Bale meletakkan tanda dalam perlawanan akhir tersebut dengan menghadiahkan tendangan 'overhead' menakjubkan dan membuatkan Real memungut gol 2-1 ke atas Liverpool selepas 64 minit.

Liverpool sudah cukup 'menderita' selepas kehilangan Mohamad Salah pada pertengahan perlawanan separuh masa pertama gara-gara mengalami kecederaan bahu.

Enam minit selepas separuh masa, penjaga gol Liverpool, Loris Sven Karius membuat kesilapan apabila membaling bola ke arah Karim Benzema.

Memetik laporan BBC Sport, Liverpool bangkit daripada kejutan dan cuba mencari gol penyamaan melalui Sadio Mane sebelum Bale muncul menjaringkan gol 'ajaibnya'.

Bale ketika membuat tendangan untuk gol kedua Real. - Reuters

Kemenangan itu menjadi rekod ke-13 Real menjuarai liga tersebut dan merupakan kejayaan keempat mereka dalam lima musim, sekaligus membuatkan jurulatihnya, Zinedine Zidane meraih tiga kejayaan dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hilang peluang untuk menggenggam piala dalam tiga perlawanan akhir sejak tiba di Anfield iaitu setelah tewas dalam final Piala Liga Inggeris dan Liga Eropah pada 2016.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain