suria

Arsenal tunggu Thierry Henry

Thierry Henry. Foto AFP

ARSENAL dijangka bertemu dengan pemain legenda The Gunners, Thierry Henry mengenai kekosongan jawatan pengurus sebelum mengesahkan siapa pengganti Arsene Wenger.

Mikel Arteta tetap menjadi calon ketua eksekutif, Ivan Gazidis dan pengarah, Josh Kroenke, anak pemilik Stan, dan kemungkinan besar beliau akan menjadi pengurus baharu.

Bagaimanapun, Sportsmail difahamkan terdapat juga rancangan untuk berbincang dengan Henry awal minggu depan kerana kelab itu telah menjalani proses 'temuduga' secara menyeluruh.

Henry ketika ini merupakan pembantu pengurus pasukan Belgium, dan yang akan memberi pandangan secara adil buat The Gunners untuk mempertimbangkan semula pilihan mereka terhadap Arteta.

Henry yang berusia 40 tahun tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan tetapi sebelum ini menyuarakan minatnya untuk menguruskan pasukan lamanya.

Difahamkan, kebarangkalian Arteta akan mengambil alih jawatan pengurus di Stadium Emirates itu sebanyak 90 peratus. - Mail Online UK

Arsenal, Thierry Henry

Artikel Lain