suria

Nidzam temui pengganti Pablo Pallares

KETUA Jurulatih Kedah telah memilih seorang daripada dua pemain import baharu yang bakal memperkuatkan barisan serangan skuad hijau kuning.

Dua nama yang menjadi pilihan awal ialah Paolo Rangel dari Brazil dan Marko Korac.

Namun selepas pemilihan dibuat, Mohd Nidzam Adzha telah memutuskan salah seorang daripada  pemain berkenaan yang akan menggantikan Pablo Pallares.

Menurutnya, Rangel menjadi pilihan Kedah walaupun Korac yang merupakan bekas pemain Kuantan FA terlebih dahulu tiba di Alor Setar.

“Paulo Rangel bukanlah penyerang asing bagi Liga Malaysia kerana dia pernah beraksi bersama JDT, JDT II Selangor dan Perak sebelum berhijrah ke Liga Thailand musim ini.

“Saya yakin selepas semua urusan selesai kita dapat gunakan khidmatnya ketika bertemu Pahang pada 22 Mei ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kita perlukan seorang penyerang yang mempunyai penyudah terbaik ketika di depan gawang lawan. Oleh itu Rangel diharap dapat menyelesaikan tugasnya jika menjadi pemain Kedah," katanya kepada mStar online.

Dalam perlawanan pertama Rangel, Mohd Nidzam turut menyasarkan untuk menurunkan kesebelasan terbaik yang dibarisi oleh Sandro Da Silva dan Andik Vermansyah yang mengalami kecederaan ketika ini.

Jelasnya, walaupun Kedah hanya diperkuatkan oleh Liridon Krasniqi ketika menentang Negeri Sembilan, namun pemain tempatan telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang permainan.

"Ini membuktikan bahawa semua pemain yang ada setaraf dan mereka dapat memperkuatkan Kedah pada bila-bila masa yang diperlukan pasukan.

"Saya meggucapakan tahniah dan terima kasih selain memngharapkan pemain dapat mengekalkan rentak kemenangan ini dalam perlawanan seteruskan.

"Ini penting untuk memastikan kita tidak lagi keciciran mata dan cuba mendapatkan kedudukan terbaik dalam sainhan Liga Super," ujarnya




Pablo Pallares, Nidzam, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain