suria

Southgate ketepikan Hart

JOE Hart diberitahu tidak akan disenaraikan dalam skuad England.

Bos England, Gareth Southgate memberi isyarat bahawa karier antarabangsa Hart bakal berakhir untuk skuad The Three Lions.

Penjaga gol Manchester yang dipinjamkan ke West Ham telah dimaklumkan perkara itu pada Isnin malam.

Southgate merancang untuk meletakkan Hart sebagai penjaga gol ketika di belakang Jordan Pickford dan Jack Butland.

"Dia amat bagus, saya telah berbincang terus dengannya.

"Tiga minggu lalu saya bercakap dengannya ketika berada di West Ham bahawa dia kemungkinan akan berada dalam skuad berdasar apa yang telah dia lakukan.

"Dia seorang ketua yang bagus dan memahami dengan sempurna. Dia memainkan peranan dengan baik.

"Dia adalah segalanya yang anda harapkan sebagai seorang pemain senior.

"Namun sebaliknya berlaku apabila pengurus itu mengubah fikiran apabila memilih pemain yang beraksi ketika kempen kelayakan Piala Dunia.

Joe hart, England, Gareth Southgate

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain