suria

Mancini jurulatih baharu Itali

BEKAS pengendali Inter Milan dan Manchester City, Roberto Mancini dilantik  sebagai jurulatih baharu skuad Itali.

Mancini sebelum ini menjadi pilihan menggantikan Gian Piero Ventura yang dipecat selepas kegagalan mara ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

Pengurus berusia 53 tahun itu mengetepikan calon lain, jurulatih Real Madrid dan Bayern Munich Carlo Ancelotti.

Juara dunia empat kali Azzuri kini berada di kedudukan bawah 20 ranking Fifa selepas tewas 1-0 dengan agregat kepada Sweden pada aksi play-off di Rusia.

Mereka terkeluar daripada pusingan awala Piala Dunia 2010 dan 2014  walaupun beraksi dengan baik pada Euro mara ke pentas akhir 2012 dan suku akhir 2016.

Untuk rekod, Mancini merakam 36 kap bersama Itali, namun tidak pernah beraksi untuk Piala Dunia walaupun tersenarai dalam skuad pada tahun 1990.

Roberto Mancini, Itali

Artikel Sebelum

Southgate ketepikan Hart

Artikel Berikut

Artikel Lain