suria

Nasib Rooney diketahui esok

PENGURUS Everton, Sam Allardyce menjangka masa depan Wayne Rooney bakal diputuskan, Rabu ini.

Rooney dipercayai sudah mengucapkan selamat tinggal kepada sesi latihannya di Everton Finch Farm pada Jumaat lalu sejurus menerima lamaran kontrak bernilai £12 juta (RM64.3 juta) untuk berpindah ke DC United.

Pengurus kelab MLS, Ben Olson menyatakan perpindahan itu belum dilakukan dan Allardyce telah kembali ke jawatannya berhubung potensi perpindahan dari Goodison Park.

Bercakap kepada Sky Sports News sewaktu 'Season Review:Manager Special', dia mendedahkan terdapat beberapa perkembangan baharu namun keputusan dijangka dimuktamadkan dalam 48 jam akan datang.

"Saya telah berhubung dengan Rooney dan wakil-wakilnya, saya percaya mungkin pada Rabu," ujarnya.

Allardyce sebelum ini membantu Everton menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana Inggeris selepas dua kekalahan daripada sembilan perlawanan terakhir liga.

Bagi kelab yang terkeluar dari posisi enam teratas dalam tiga musim sebelum ini dan bergelut sebelum diambil alih oleh Allardyce, keputusan lima mata dalam kedudukan Liga Eropah boleh dianggap sebagai satu kemajuan.

Sebelum ini, bekas pengendali pasukan England itu pernah dikritik penyokong kerana gaya permainannya dan ramai yang meminta supaya dia digantikan dengan individu lain.

Namun Allardyce berhasrat untuk menghormati kontrak dua tahunnya yang bakal berakhir pada musim panas ini.

"Itu adalah tugas saya untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk Everton. Dapatkan pemain yang bagus dan bermain dengan lebih bagus. Barulah penyokong akan gembira daripada apa yang ada sekarang.

"Saya telah melakukan apa yang termampu. Begitu juga dengan pemain. Pada Januari, Farhad Moshiri membantu kami dengan dua pemain iaitu Theo Walcott dan Cenk Tosun.

"Kedua-duanya menunjukkan prestasi bagus dan membantu memperbaiki kedudukan kami. Siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Musim ini sudah selesai dan saya akan bertemu Farhad minggu ini sebelum bercuti," katanya.-SkySports

Rooney, Allardyce

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain