suria

Pengurus Everton akan dipecat!

Sam Allardyce. Foto Reuters

SAM Allardyce bakal dipecat sebagai pengurus Everton dalam tempoh 48 jam.

Dan bekas pengurus Hull dan Watford Marco Silva muncul sebagai calon nombor satu untuk menggantikannya, walaupun terdapat komplikasi berkaitan dengan penhijrahannya dari Vicarage Road.

Selepas beberapa minggu ketidaktentuan mengenai masa depan Allardyce, pemilik Blues, Farhad Moshiri akhirnya akan menamatkan khidmat pengurus yang diambilnya pada bulan November lalu dalam percubaan terdesak untuk menghentikan kelab itu ke zon penyingkiran.

Difahamkan Allardyce akan dipanggil untuk mengadakan pertemuan dalam tempoh dua hari bagi memaklumkan tentang kontraknya yang berbaki setahu, akan ditamatkan.

Bercakap kepada Sky Sports pada Isnin malam, Allardyce mengakui: "Siapa tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Musim dah berakhir. Saya akan mengadakan pertemuan dengan Farhad dan kemudian saya akan bercuti.

"Saya telah melakukan apa yang saya boleh, semua anggota pasukan telah melakukan semua yang mereka boleh dan bagi saya pemain telah melakukan semua yang mereka boleh lakukan." - Mirror UK

Everton, Sam Allardyce

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain