suria

Ronaldo desak lima pemain termasuk Bale digugurkan

REAL Madrid dijangka melakukan rombakan besar-besaran di dalam skuad tersebut pada musim panas ini.

Malah Presiden Real, Florentino Perez bimbang mengenai isu pemain berusia di dalam pasukannya.

Prestasi hambar pada aksi La Liga musim ini menimbulkan spekulasi bahawa Zinedine Zidane mungkin dipecat hujung musim ini.

Namun prestasi Real di pentas final Liga Juara-Juara bakal menjadi penentu kedudukan Zidane di Santiago Bernabeu.

Real akan bertemu Liverpool di Kiev, Ukraine pada 27 Mei ini.

Anak buah Zidane mensasarkan untuk mempertahankan trofi tersebut buat kali ketiga berturut-turut.

Jika mereka berjaya berbuat demikian, Ronaldo turut menjangkakan perubahan besar tetap berlaku dalam skuad tersebut.

Menurut Don Balon, Ronaldo telah memaklumkan kepada kelab supaya menggugurkan Dani Ceballos, Marcos Llorente, Jesus Vallejo dan Borja Mayoral.

Dan lebih mengejutkan nama Gareth Bale yang pernah dikaitkan dengan Manchester United dan Chelsea turut dalam senarai akan meninggalkan kelab itu.

Cristiano Ronaldo, Gareth Bale

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain