“Kasut Emas? Mari kepadaku” - Salah - Sukan | mStar

“Kasut Emas? Mari kepadaku” - Salah

Gambar dari give Me Sport.

LIVERPOOL menamatkan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan selesa 4-0 di laman sendiri dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion pada Ahad.

Selepas Chelsea tewas 3-0, ia memberikan hadiah gembira buat penyokong Liverpool terutamanya apabila Mohamed Salah membuka perlawanan dengan jaringan pada mini t ke-26.

Gol penyudah pemain kelahiran Mesir itu adalah jaringan ke-32 liga olehnya pada musim ini, ia bermakna Salah kini memegang rekod gol terbanyak dalam 38 kempen perlawanan.

Memetik laporan Give Me Sport, menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada 26 Mei, Salah telah mencatatkan jaringan sebanyak 44 gol dan membantu 16 gol dalam 51 perlawanan.

Sepanjang beberapa minggu yang lalu, pemain berusia 25 tahun itu telah memenangi pelbagai anugerah individu, dari Pemain Terbaik PFA ke Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.

Pada Ahad pula, Salah sekali lagi dianugerahkan Kasut Emas sekali gus menghampakan pesaingnya Harry Kane yang telah menjaringkan 30 gol.

Tidak lama selepas merangkul anugerah itu, Salah memuat naik posting yang menarik perhatian lebih 5.56 juta pengikutnya di Twitter.

Salah menulis: "Golden Boot? Come here to daddy (Kasut Emas? Mari kepadaku)."

Posting itu tular sehingga menerima lebih 144,000 tanda suka (likes) dan mendapat 41,750 ulang kicau (retweet).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKNS FC teruskan rentak kemenangan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?