suria

Ferguson tunjuk perkembangan positif

SIR Alex Ferguson tidak lagi berada di dalam unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan otak pada hujung minggu lalu.

Dalam satu kenyataan terbaharu yang dikeluarkan Manchester United, Ferguson menunjukkan perkembangan positif.

Namun legenda Red Devils itu akan kekal di hospital sehingga benar-benar pulih.

"Sir Alex sudah dipindah keluar dari unit rawatan rapi dan akan terus menerima rawatan sebagai pesakit luar.

"Keluarganya juga berpuas hati dengan perkembangan positif yang ditunjukkan beliau dan memohon agar terus diberikan privasi semasa proses pemulihan Ferguson.

"Ferguson ditemani keluarga sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu," demikian menurut kenyataan itu.

Bekas pengendali United itu sudar mula sedar dan boleh bercakap.

Malah beliau turut bergurau mahu menghadiri pertembungan sengit antara Real Madrid dan Liverpool pada aksi final Liga Juara-Juara.

Artikel Sebelum

Klopp jumpa Nabil

Artikel Berikut

Artikel Lain