suria

Manchester City perkenal kit terbaharu

MANCHESTER City tampil memperkenalkan kit terbaharu musim depan.

Juara Liga Perdana itu bakal menyarung kit terbaharu lebih awal ketika berdepan dengan Brighton Rabu ini.

Anak buah Pep Guardiola itu tampil dengan kit berjenama Nike selepas tiga hari City menjulang trofi juara musim ini buat kali pertama di bawah pengurus Sepanyol itu.


Jersi terbaharu itu direka lebih sofistikated inspirasi daripada saat-saat kejayaan kelab termasuk ketika menjulang trofi buat kali pertama pada tahun 1937 dan kemenangan pra musim 1999.

Hiasan butang juga ditambah di bahagian kolar.


Sementara itu, Yaya Toure akan memakai kit baharu ini buat kali pertama dan terakhir sebelum meninggalkan kelab penghujung musim ini.

Dia akan diraikan dengan penuh penghormatan selepas setia bersama kelab selama lapan tahun dengan membantu menjulang tiga ttofi juara liga, Piala FA dan trofi Piala Liga.

Manchester City

Artikel Sebelum

Wenger sertai Everton?

Artikel Berikut

Artikel Lain