suria

Pengadil Mazic bakal tidak disenangi penyokong Liverpool

PENGADIL untuk aksi final Liga Juara-Juara telah diumumkan, yang pasti peyokong Lioverpool tidak gembira dengan nama itu.

Pengadil dari Serbia, Milorad Mazic dipilih untuk mengadili perlawanan akhir di antara Liverpool dan Real Madrid pada 25 Mei ini.

Mazic sebelum ini pernah mengadili perlawanan Liga Europa ketika aksi seri Manchester United dan Liverpool di Anfield.

Ketika itu, Mazic telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Red Devils selepas Nathaniel Clyne menjatuhkan Anthony Martial.

Bagaimana pun pemain kelahiran Perancis itu jelas tidak melakukan kesalahan tersebut sekaligus keputusan Mazic memberi kesan kepada Liverpool ketika itu dalam saingan 16 kelompok akhir.

Mazic juga turut menjadi pengadil ketika Liverpool menang 1-0 ke atas Sparta Parague pada tahun 2011 dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden.

"Mazic, 45, telah menjadi pengadil antarabangsa sejak 2009.

"Musim ini dia telah mengadil empat perlawanan Liga Juara-Juara, serta dua perlawanan Liga Europa.

"Dia juga adalah pengadil ketika aksi akhir Piala Konfederasi Fifa di antara Chile dan Jerman serta Piala Super Usfa di antara Real Madrid dan Seville," jelas kenyataan Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Liga Juara-Juara, pengadil, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain