suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya boleh jerit kepada pengurus selepas ini” - Wenger

Wenger melambai ke arah peminat bola sepak di Stadium Emirates pada Ahad sebagai tanda ucapan selamat tinggal. - AP

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger meluahkan rasa lega pada Ahad selepas tugasnya mengendalikan kelab itu akan berakhir dalam tempoh seminggu.

Dia kini sudah membayangkan kehidupannya sebagai seorang peminat kepada kelab yang diuruskan selama 22 tahun itu.

Wenger turut berasa gembira kerana selepas ini dia boleh menjerit kepada penggantinya semasa perlawanan berlangsung.

Bercakap selepas kemenangan Arsenal 5-0 ke atas Burnley di Stadium Emirates sempena perlawanan terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris, Wenger bergurau tentang tekanan yang dihadapinya sepanjang berkhidmat dengan kelab terkemuka itu.

Dia bercerita tentang segala kritikan yang diterima daripada peminat dan media tentang kemampuannya sebagai seorang pengurus.

"Terima kasih kerana mempercayai saya untuk tempoh yang lama, saya tahu ini bukanlah mudah.

"Tapi, saya juga seperti anda semua iaitu seorang penyokong Arsenal.

"Saya ingin akhiri dengan ucapan yang ringkas - saya akan rindukan anda. Saya harap dapat berjumpa anda tidak lama lagi, selamat tinggal," katanya ke arah ribuan peminat kelab itu dan disambut dengan tepukan gemuruh. - Eurosport

Artikel Berikut

Artikel Lain