suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'United tiada peluang'

EDEN Hazard memberitahu Manchester United dan Jose Mourinho bahawa mereka tiada peluang untuk mendapatkan khidmatnya.

Bintang Belgium itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Stamford Bridge tetapi Chelsea sedang berusaha memujuknya untuk menandatangani kontrak baharu.

Manchester United dan Manchester City antara kelab yang dikatakan berminat terhadap Hazard selain Real Madrid.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk meninggalkan Stamford Bridge, Hazard dalam nada tegas menolak berhijrah ke Old Trafford.

Malah Hazard turut membaca komen seorang penyokong yang menggesanya supaya menyertai United tetapi dia menjawab dengan gelak tawa:"Tiada peluang".

Chelsea terus berusaha untuk merebut kedudukan empat teratas selepas menang 0-1 ke atas Liverpool, Ahad lalu.

Dan Hazard yang menonjol di Stamford Bridge yakin pasukannya masih ada peluang untuk memintas Tottenham dan Liverpool.

"Menewaskan Liverpool adalah keputusan berharga.

"Kini sasaran adalah untuk menang dan berada di tempat empat teratas pada hujung musim.

"Mari harapkan sesuatu yang besar berlaku," katanya.

Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain