suria

Bale kekal di Real kerana kelab lain tidak mampu beli

GARETH BALE akan kekal di Real Madrid untuk musim akan datang kerana pihak yang berminat untuk menggunakan khidmatnya tidak mampu untuk membeli pemain itu, menurut laporan Express.

Bekas bintang Spurs itu telah menarik minat Chelsea, Manchester United, Liverpool, Bayern Munich dan Manchester City.

Namun, tuntutan harga oleh Madrid adalah di luar nilai pasaran dan pemain Welsh tersebut bersedia untuk kekal serta berjuang bagi mendapatkan tempatnya dalam pasukan kendalian Zinedine Zidane.

Sebelum ini, Bale dilaporkan mahu kekal di Real Madrid dan tidak akan cuba memaksa untuk keluar dari kelab itu, walaupun sangat kecewa dengan kekurangan masa bermainannya.

Menurut laporan Guardian, lelaki Welshman itu masih gembira di ibu negara Sepanyol dan bersungguh-sungguh mahu kekal bertahan serta berjuang untuk tempatnya.

Lapor Bleacher Report, Bale 'kecewa' untuk menjadi seorang pengganti yang tidak digunakan dalam kemenangan Real 2-1 ke atas Bayern Munich pada Rabu.

Pada perlawanan itu Lucas Vazquez dan Isco berada dalam barisan awal di depan Bale, sementara Marco Asensio dan Karim Benzema dibawa sebagai pengganti oleh pengurus pasukan, Zinedine Zidane. 

Gareth Bale

Artikel Sebelum

Artikel Lain