suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool gagal manfaat peluang pintas United

LIVERPOOL gagal memanfaatkan peluang untuk mengambil alih kedudukan Manchester United di kedudukan kedua selepas seri tanpa jaringan ke atas Stoke City.

Pada aksi Liga Perdana di Stadium Anfield itu Sabtu malam, anak buah Jurgen Klopp gagal mencari sebarang gol biarpun penjaring terbanyak mereka, Mohamed Salah mendapat peluang terbaik pada babak pertama.

Malah impian untuk melihat Salah memecah rekod jaringan Liga Perdana belum kesampaian pada perlawanan ini.

Salah kini mengumpul gol dalam 38 perlawanan musim ini dan memerlukan tiga jaringan bagi menyamakan rekod 34 gol yang dibuat oleh Andy Cole dan Shearer dalam 42 perlawanan keseluruhannya.

The Reds kini menduduki tangga ketiga liga dengan  71 mata, kurang tiga mata di belakang United.

Sementara itu, keputusan seri ini sekurang-kurangnya melegakan pasukan lawan yang terdesak untuk mencari mata bagi menyelamatkan kedudukan kedua tercorot liga.

Liverpool, EPL

Artikel Lain