suria

Bekas Bintang England Meninggal Dunia

BEKAS pemain legenda England meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Jimmy Armfield yang juga merupakan bekas pemain Blackpool meninggal dunia di Trinity Hospice awal pagi Isnin selepas mengidap penyakit kanser.

"Sekian lama berjuang melawan penyakitnya, Jimmy Armfield sebagai suami, bapa, datuk dan bapa mertua meninggalkan kami dengan tenang dikelilingi keluarga.

"Buat masa ini kami masih bersedih. Kami sedar Jimmy merupakan public figure , tetapi kami mengharapkan ruang privasi sendiri.

"Kami menghargai setiap sokongan dan sayang yang disampaikan.

"Jimmy mempunyai dua perkara penting pertama keluarganya. Kedua bola sepak yang paling istimewa Blackpool, England dan rakan-rakannya di PFA," jelas satu kenyataan daripada pihak keluarganya.

Jimmy Armfield

Artikel Sebelum

Ferguson Sambut Ketibaan Sanchez

Artikel Berikut

Artikel Lain