suria

Conte Buru Sasaran Arsenal Ganti Bakayoko

Antonio Conte

ANTONIO Conte berminat untuk mendapatkan sasaran Arsenal Jean-Michael Seri sebagai tambahan kepada skuadnya pada Januari selepas tidak tahan dengan persembahan buruk Tiemoue Bakayoko.

Jurulatih Chelsea itu adalah peminat kepada Seri, pemain tengah Nice, yang hampir menyertai Barcelona pada musim panas.

Dia dilihat mahu menguatkan pasukannya di bahagian tengah padang.

Jean-Michael Seri. -fotoGetty/AFP

Bakayoko bergelut di Chelsea sejak perpindahan £40 juta dari Monaco telah didokumenkan dengan baik dan Conte sudah merancang untuk menggantikannya, menurut The Sun.

Bukan hanya The Blues yang memburu Seri, yang mempunyai klausa pembelian £35 juta tetapi Manchester City dan Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat dengannya.

Difahamkan pemain berusia 26 tahun itu berminat dengan perpindahan ke England dan bintang Ivory Cost itu mungkin akan memilih Stamford Bridge.

Conte telah pun menambah Ross Barkley di bahagian tengahnya pada Januari, tetapi masih mahu menambah kekuatan dan melihat Seri sebagai pengganti langsung untuk Bakayoko yang menunjukkkan prestasi tidak memberangsangkan.

Antonio Conte, Jean-Michael Seri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain