suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harimau Kumbang Mahu Mengaum Awal

Skuad Harimau Kumbang. Foto kredit: Penang FA

PETALING JAYA: Ketua jurulah Pulau Pinang mendedahkan matlamat penting Liga Malaysia tahun ini.

Jelas Zainal Abidin Hassan, beraksi dalam Liga Perdana tidak mematahkan semangat skuad Harimau Kumbang untuk kembali ke Liga Super tahun hadapan.

"Walaupun aksi liga tahun ini belum lagi bermula, kami sudah meletakkan matlamat utama untuk saingan musim ini.

"Setiap liga ada saingannya tersendiri dan saya tidak menafikan bahawa Liga Perdana mempunyai halangannya tersendiri.

"Saya gembira dan teruja kerana mendapat sokongan penuh, seratus peratus dalam menyiapkan pasukan musim ini.

"Malah saya juga mendapat pemain-pemain pilihan sendiri," ujarnya kepada mStar Online.


Zainal memberitahu, dalam mengejar matlamat utama ini, pastinya ada kesukaran yang perlu ditempuhi.

"Hanya dua tempat teratas sahaja layak ke Liga Super. Berdasarkan pemerhatian saya, banyak pasukan dalam liga ini yang tidak boleh dipandang remeh.

"Pasukan UiTM FC, Mifa, Felda United atau JDT II antara yang perlu berhati-hati. Mereka mempamerkan prestasi terbaik musim lalu.

"Pun begitu, saya percaya dengan barisan pemain yang ada musim ini. Sekarang adalah masa mereka untuk bekerja lebih keras dan mencurahkan prestasi terbaik mereka," jelas pengendali kelahiran Selangor ini.

Skuad Zainal musim ini dibarisi pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Raimi Md Noor, Jasazrin Jamaluddin dan Azinee Taib.

Lanskap skuad Zainal juga dilihat lebih mantap dengan kehadiran bekas pemain import Selangor, Uko Ugah.

Turut menjadi harapan dalam memberikan sentuhan berbisa adalah pemain tengah Korea Selatan, Kang Seung Jo serta Senna Nyassi yang masih kekal bersama skuad ini sejak musim lalu.

"Sebaik sahaja musim bermula, kami mahu terus tekan 'gear'. Tidak ada masa lagi untuk melihat aksi pasukan lain," tambahnya ringkas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain