suria

Pahang Tak Hormat AFC

Peter De Roo.

PETALING JAYA: Tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak tawaran beraksi pada kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 disifatkan sebagai tidak menghormati badan induk berkenaan.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Peter De Roo berkata tindakan tersebut boleh menjejaskan ranking negara dan juga hubungan baik yang terjalin diantara FAM dan AFC.

"Kami mahu bola sepak lebih berkembang di pentas antarabangsa untuk mendapatkan pendedahan dengan lebih banyak lagi pada peringkat tertinggi. Bagaimanapun adalah sukar untuk kami melangkah jauh jika ada pasukan yang tidak mengambil berat pertandingan antarabangsa.

"Mereka hanya mahu bermain dalam pertandingan domestik sahaja seperti yang dilakukan oleh pasukan Pahang. Inilah realiti bola sepak tanah air. Tidak pernah dalam hidup saya melihat mana-mana pasukan dalam dunia menolak peluang bermain di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan malam Selasa.

Pada Selasa, PBNP menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya mengambil keputusan menolak tawaran FAM bagi menggantikan Kedah pada kejohanan Piala AFC 2018 kerana ingin memberikan sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim depan.

"PBNP ingin menjelaskan bahawa kami ditawarkan menyertai kejohanan Piala AFC 2018 melalui surat FAM bertarikh 9 November 2017.

"Bagaimanapun, PBNP menolak untuk menyertai kejohanan itu melalui surat bertarikh 14 November lalu," demikian menurut kenyataan tersebut.

Pengumuman terbaharu PBNP itu terus mencetuskan teka-teki pasukan mana yang akan mengisi slot akhir pada kejohanan tersebut.

Berdasarkan rekod hanya tinggal pasukan Selangor yang mempunyai lesen AFC selain JDT, Pahang dan PKNS FC.

Piala AFC 2018, PBNP, FAM

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain