suria

Pogba Ada ‘Ramuan Lengkap’

PAUL Pogba mempunyai 'ramuan yang lengkap' untuk menjadi ikon Manchester United.

Susulan itu, bekas pemain Liverpool, Jamie Redknapp mencabar Pogba untuk menjadi seperti Bryan Robson, Roy Keane dan Eric Cantona yang juga legenda United.

Pemain kelahiran Perancis itu kembali memperkuat United selepas berehat selama dua bulan ketika menang 4-1 ke atas Newcastle United, hujung minggu lalu.

Menjaringkan gol ketiganya musim ini dan mencipta peluang gol, Pogba tidak perlu menunggu masa lama untuk membuktikan keupayaannya.

"Dia ada segala ramuan untuk menjadi ikon United. Dia ada peminat tersendiri kerana potongan rambutnya, emoji dan profil di Instagram, kanak-kanak juga meminatinya.

"Dia adalah bintang bola sepak moden. Dia juga incah di atas padang," katanya.

Redknapp berkata apa yang mengagumkannya mengenai Pogba adalah bagaimana dia menyerlah sebagai penyelamat di bahagian tengah sehingga menyuntik semangat United untuk memburu kemenangan.

"Bebanan terletak di bahu Pogba sejak musim lalu. Kini dengan Nemanja Matic di bahagian tengah, dia ada banyak peluang untuk merayau-rayau di atas padang. Jose Mourinho menyedari anda tidak boleh mengawal seekor kuda jantan dan lega menyaksikan Pogba turun ke padang dan beraksi.

"Kini cabaran untuk Pogba adalah untuk terus mengukir namanya. Dia ada sifat semula jadi sebagai ketua. Dia perlu mencontohi Bryan Robson, Roy Keane dan Eric Cantona," kata Redknapp.

Mourinho dijangka menurunkan Pogba ketika United bertemu Basel pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

Paul Pogba

Artikel Sebelum

Hajat Swafoto Tak Kesampaian

Artikel Berikut

Pahang Tolak Ganti Kedah

Artikel Lain