Pahang Tolak Ganti Kedah - Sukan | mStar

Pahang Tolak Ganti Kedah

PETALING JAYA: Satu lagi slot ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 masih lagi menjadi teka-teki selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Kedah pada kejohanan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PBNP di laman Facebooknya pada Selasa, tawaran itu ditolak kerana mereka mahu memberikan sepenuh perhatian kepada Liga Malaysia musim depan.

"PBNP ingin menjelaskan bahawa kami ditawarkan menyertai kejohanan Piala AFC 2018 melalui surat FAM bertarikh 9 November 2017.

"Bagaimanapun, PBNP menolak untuk menyertai kejohanan itu melalui surat bertarikh 14 November lalu," demikian menurut kenyataan tersebut.

PBNP disebut-sebut bakal menggantikan Kedah yang juga juara Piala FA selepas kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melepasi syarat pelesenan ditetapkan AFC.

Pahang antara empat pasukan selain JDT, Selangor dan PKNS FC yang lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak.

Pada aksi Liga Super musim lalu, Pahang menduduki tangga kedua, ketinggalan sembilan mata di belakang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Berdasarkan rekod hanya tinggal pasukan Selangor yang mempunyai lesen AFC selain JDT, Pahang dan PKNS FC.

Piala AFC 2018 , PBNP

Artikel Sebelum

Pogba Ada ‘Ramuan Lengkap’

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Pahang Tak Hormat AFC

Piala AFC: PBNP Kunci Mulut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain