suria

70 Juta Pound Sterling Demi De Gea

David de Gea.

MANCHESTER United mungkin sukar untuk menolak tawaran lumayan daripada Real Madrid yang ingin mendapatkan khidmat penjaga gawang sensasinya, David de Gea pada Januari depan.

Kelab gergasi Sepanyol itu pernah cuba memburu khidmat De Gea sebanyak dua kali sebelum ini.

Menurut stesen radio, Cadena SER, Real akan menawarkan bidaan bernilai 70 juta pound sterling bagi merealisasikan perpindahan penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Real nyaris menyambar De Gea pada musim panas 2015 tetapi perpindahan itu gagal dimuktamadkan pada saat akhir.

Kini, pengurusan tertinggi United yakin De Gea yang masih tinggal baki kontrak selama 12 bulan di Old Trafford semakin hampir untuk kembali ke tanah airnya, Januari depan.

Real masih menjadikan De Gea sasaran utama mereka bagi menggantikan penjaga gawang sedia ada Keylor Navas.

De Gea berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

United naik ke tangga kedua, ketinggalan lapan mata di belakang Manchester City.

David De Gea, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain