suria

Chelsea Tak Perlu Menyesal

CHELSEA tidak sepatutnya berasa terkilan kerana menjual Romelu Lukaku dan Mohamed Salah.

Namun mereka perlu menyesal dengan keputusan melepaskan Kevin De Bruyne, kata Jamie Redknapp.

Lukaku menghabiskan masa selama dua tahun di Stamford Bridge tetapi hanya melakukan satu daripada 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea sebelum dijual kepada Everton pada 2014.

Pemain kebangsaan Belgium itu dianggap salah seorang penyerang terbaik di England semasa dipinjamkan ke Goodison Park dan menyertai Manchester United pada musim panas lalu dengan bidaan bernilai 75 juta pound sterling.

Salah pula kini cemerlang bersama Liverpool selepas berhijrah dari Roma pada Ogos lalu.

Melepaskan dua bintang berbakat itu menyebabkan Chelsea dikritik pelbagai pihak tetapi Redknapp berkata perkara yang perlu dikesali The Blues adalah menjual De Bruyne.

Kevin De Bruyne.

De Bruyne menjadi pemain terbaik Liga Perdana Inggeris sejak menyertai Manchester City dua tahun lalu.

"Permulaan Mo Salah bersama Liverpool amat luar biasa. Dia sudah menjaringkan sembilan gol, lebih banyak daripada pemain Liverpool yang lain selepas 12 perlawanan, mengatasi rekod Robbie Fowler.

"Ketika dia meninggalkan Chelsea, Salah mungkin tertanya-tanya sama ada dia boleh beraksi di tahap terbaik. Selepas menonjol di Itali, dia kembali sebagai salah seorang penyerang terhebat di England.

"Tiga bekas pemain berprofil tinggi Chelsea menjaringkan gol pada Sabtu lalu - Salah, Lukaku dan De Bruyne. Chelsea dikritik kerana melepaskan trio tersebut tetapi De Bruyne kini salah seorang pemain hebat - itu yang perlu dikesali The Blues," kata Redknapp.

Pada awal musim ini, Chelsea memenangi empat aksi Liga Perdana Inggeris berturut-turut untuk naik ke tangga ketiga.

Mereka kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Romelu Lukaku, Mohamed Salah

Artikel Sebelum

Baru Lapan Hari Bersalin Masuk Gim

Artikel Berikut

West Brom Pecat Pulis

Artikel Lain