Larangan Seumur Hidup Buat Tiga Pegawai Bola Sepak - Sukan | mStar

Larangan Seumur Hidup Buat Tiga Pegawai Bola Sepak

ZURICH: Pemerhati etika bagi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah melarang tiga bekas pegawai bola sepak dari Guam, Nicaragua dan Venezuela untuk beraksi seumur hidup.

Ia sebahagian daripada usaha untuk menyebarkan kesedaran tentang gejala rasuah dalam sukan, kata badan itu pada Selasa.

Pegawai terbaharu yang dilarang oleh Fifa ialah Richard Lai iaitu bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Guam dan bekas ahli audit Fifa dan jawatankuasa pematuhan; Julio Rocha, bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Nicaragua dan bekas pegawai pembangunan Fifa; dan Rafael Esquivel, bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Venezuela.

Ketiga-tiga lelaki itu mengaku bersalah di Amerika Syarikat (AS) dalam dua pertuduhan berasingan meliputi penipuan wang menggunakan telekomunikasi (wire fraud), urusan perniagaan tidak jujur dan pengubahan wang haram. - Reuters

Fifa

Artikel Sebelum

Pahang Tak Hormat AFC

Artikel Berikut

Hajat Swafoto Tak Kesampaian

Artikel Berkaitan

Harimau Malaya Ulangi Rekod Terburuk

Lebih Artikel