suria

Tersingkir Liga Super? Ini Jawab Felda United...

Pemain-pemain Felda musim 2017 meraikan kemenangan ketika aksi Liga Super. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Timbul tanda tanya mengenai khabar angin yang bertiup menyatakan Felda United sah turun ke Liga Perdana musim 2018.

Menurut sumber dalaman,The Fighters sehingga hari ini (Rabu) masih belum menerima keputusan rasmi daripada Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengenai status lesen kelab.

"Apa yang menjadi tular di media sosial menyatakan kami jatuh ke Liga Perdana adalah tidak benar. Ini kerana Felda United masih belum menerima keputusan penilaian FMLLP," jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam memberitahu pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah FMLLP petang Khamis bagi menentukan status Feldan United pada saingan Liga Malaysia 2018.

Ditanya sama ada keputusan akan diumumkan selepas mesyuarat itu, Kevin memberitahu dia perlu berbincang dengan pengurusan tertinggi pentadbir Liga Malaysia.

"Kalau ada yang boleh diumumkan, saya boleh beritahu secepat mungkin," ujarnya ringkas.

Felda United berdepan dengan penyingkiran ke Liga Perdana apabila gagal mendapat kelulusan lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, skuad bimbingan B.Sathianathan itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga baru-baru ini, namun  terpaksa menunggu 'budi bicara' FMLLP supaya mereka tidak jatuh ke Liga Perdana. 

Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah! TRW Ikat S Veenod

Artikel Lain