suria

Terbuka China: Chong Wei Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei  melepasi perlawanan pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka China pada Rabu dalam masa hanya 26 minit.

Chong Wei yang pernah menjuarai kejohanan itu pada 2015 tidak berdepan masalah menewaskan Hsu Jen-hao daripada Taiwan dengan straight set 21-5 dan 21-7 pada perlawanan pusingan pertama hari ini.

Beliau yang turun selaku pemain pilihan ketujuh  akan bertemu Sourabh Varma dariipada India atau Brice Leverdez daripada Perancis dalam perlawanan seterusnya pada Khamis.

Turut mengikut jejak Chong Wei ialah dua wakil beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang mengalahkan Xiao Min Lin-Wu Fang Chien daripada Taiwan 21-6, 17-21, 21-9 manakala Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengalahkan satu lagi beregu Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han dengan 15-21, 21-19, 21-11.

Sementara itu wakil tuan rumah yangmerupakan juara lima kali Terbuka China, Lin Dan ditunjuk jalan keluar oleh pemain Indonesia, Jonatan Christie dengan 19-21 dan 16-21. -Bernama

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Piya Sah Perkuat TRW

Artikel Berikut

Mewahnya Kehidupan Neymar!

Artikel Lain