suria

Mewahnya Kehidupan Neymar!

NEYMAR adalah salah seorang daripada pemain terpantas di dunia, jadi tidak hairanlah jika dia juga mempunyai kenderaan terpantas di muka bumi.

Pemain pasukan kebangsaan Brazil yang akan berdepan England malam ini sering dilihat 'berdamping' dengan kereta mewah termasuklah beberapa buah Ferrari, Audi dan Porsche.

Bagaimanapun, pemain bola sepak paling mahal di dunia ini nampaknya masih belum puas hati dengan kenderaan daratnya, apabila dia juga dilihat sering bersama sebuah helikopter dan jet peribadi.

Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bekas pemain Barcelona yang memegang rekod perpindahan £198 juta ke PSG pada musim panas ini dianggarkan memperolehi £537,000 seminggu, selepas cukai.

Neymar telah membeli pelbagai jenis kereta termasuk Ferrari 458 Spider berwarna merah yang dapat mencapai kelajuan tertinggi sekitar 200 batu/sejam dan 0-60 dalam masa tiga saat.

Kereta tersebut dianggarkan bernilai £200,000.

Pemain berusia 25 tahun itu juga mempunyai sebuah Ferrari California T berwarna putih, yang juga mencecah kelajuan tertinggi sekitar 200 batu sejam, dengan anggaran kos £155,000.

Dan di garaj penyerang itu juga terdapat Mercedes AMG GT Roadster, yang boleh mencecah sehingga 196 batu sejam dengan anggaran harga £140,000.

Daily Star Online sebelum ini mendedahkan tentang gaya hidup Neymar yang sering bersama rakan selebriti, menikmati kehidupan di rumah mewah dan memamerkan aksesori mahalnya.

Dia dirakam bergambar dengan rapper P Diddy, petinju Floyd Mayweather dan bintang filem Hollywood, Jackie Chan, pelumba Lewis Hamilton dan legenda golf Tiger Woods.

Neymar, kereta mewah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selamat Tinggal Real Madrid!

Artikel Lain