suria

Neymar Ganti Ronaldo?

BAPA Neymar dilaporkan bertemu dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez mengenai potensi anaknya untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mencatatkan rekod perpindahan dunia bernilai 198 juta pound sterling dari Barcelona, Ogos lalu tetapi bapa Neymar mahu anaknya itu kembali semula ke pentas La Liga.

Menurut laporan Mundo Deportivo, sumber di Paris mendedahkan Perez dan Neymar Sr berbincang mengenai potensi perpindahan membabitkan bintang Brazil itu.

Los Blancos gagal menyambar Neymar apabila dia berhijrah ke Barcelona dari Santos pada 2013.

Namun, Real Madrid dilaporkan masih membuka pintu terhadap Neymar.

Perpindahan itu hanya akan direalisasikan apabila kontrak Ronaldo berakhir pada 2021 tetapi Neymar tiada niat untuk meninggalkan Parc des Princes dalam masa terdekat.

Walaupun timbul spekulasi dia tidak gembira di PSG, Neymar mula menyukai kehidupan di Perancis dan mengimpikan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama pasukan baharunya.

Hubungan Neymar dengan penyerang Edinson Cavani masih renggang dan dia juga sudah bosan dengan pengurus Unai Emery.

PSG bimbang Neymar akan kembali ke Sepanyol jika dia terus tidak dapat menyesuaikan diri dengan kelab tersebut.

Neymar menjaringkan 11 gol dalam semua perlawanan bersama PSG setakat ini.

Neymar, Real Madrid

Artikel Sebelum

Moyes Pengurus Baharu West Ham

Artikel Berikut

Artikel Lain