suria

Inter Milan Bimbang United 'Sapu' Ivan Perisic Januari Ini

MANCHESTER United dilpaor masih berhasrat untuk mendapatkan Ivan Perisic dari Inter Milan pada jendela permindahan pemain Januari ini.

Berikutan itu, Pengarah Inter Milan, Piero Ausilio pantas tampil mengeluarkan kenyataan bahawa Perisic gembira di Inter.

"Kami tahu bertapa pentingnya dia di sini.

"Dia gembira untuk kekal di Inter, dia sentiasa berfikir panjang walaupun hal kecil. Bagi saya dia seorang pemain yang penting untuk kami," jelasnya.

United kembali memantau Perisic selepas sedang pertimbang lanjutan  kontrak enam pemain utamanya.

Juan Mata, Ander Herrera, Daley Blind, Ashley Young, Luke Shaw  dan Sam Johnstone bakal menamatkan kontrak mereka jika tiada tawaran baharu.

Bagaimanapun, kesemua mereka turut dilapor akan dilanjutkan kontrak selama setahun lagi.

Selain itu, antara pemain yang mungkin dijual pada akhir musim ini ialah Chris Smalling, lapor Daily Star.

Ini kerana,  pertahanan tengah itu dipersalahkan berikutan kekalahan kepada Chelsea pada Isnin.

Smalling dikatakan membiarkan Alvaro Morata bergerak bebas dan menanduk masuk gol tunggal Chelsea dalam perlawanan tersebut.

Sebelum ini Arsenal pernah melahirkan hasrat untuk mendapatkan Smalling.

Manchester United, Inter Milan

Artikel Sebelum

KBS Pertingkat Ujian Doping Atlet

Artikel Berikut

Artikel Lain