suria

Dua Stadium Bersejarah Di London Kini Tinggal Kenangan

STADIUM White Hart Lane yang menjadi gelanggang keramat Tottenham Hotspurs dan Stadium Upton Park, Wesh Ham kini tinggal kenangan sepenuhnya.

Dua stadium yang menjadi sebahagian daripada ikon London itu kini telah diroboh dan menjadi sejarah untuk kedua-dua kelab tersebut.

Upton Park


Kedua-dua stadium berkenaan pernah menjadi permulaan karier bintang Liga Perdana Inggeris iaitu, Frank Lampard, Rio Ferdinand, Harry Kane dan Sol Campbell.

Tapak White Hart Lane kini sedang sibuk dengan pembinaan bangunan stadium baharu manakala tapak Upton Park sedang dibina bangunan perniagaan.

Upton Park merupakan stadium yang mempunyai kapasiti 60,000 tempat duduk dan berusia 112 tahun.

Sejak dibina pada 1904, stadium berkenaan menjadi saksi pelbagai kejayaan dan jatuh bangun West Ham.

Walaupun kerja-kerja pembangunan baharu sedang dibina tetapi beberapa sudut daripada stadium berkenaan tetap dikekalkan sebagai peringatan.

Tapak Upton Park yang kini sibuk dengan kerja pembangunan baharu.


Bagi White Hart Lane pula, stadium dengan 35,000 tempat duduk itu dirobohkan ketika berusia 118 tahun.

Kelab yang kini digeruni di Liga Perdana Inggeris itu menggunakan Stadium Wembley sebagai venue tuan rumah sebelum kembali ke stadium baharu.


White hart Lane, Upton Park

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wakil PSG Dan Mourinho Bertemu

Artikel Lain