Pirlo Tinggalkan Dunia Bola Sepak - Sukan | mStar

Pirlo Tinggalkan Dunia Bola Sepak

Pirlo bersara selepas 22 tahun terlibat dalam dunia bola sepak. - Reuters

BEKAS pemain tengah Itali, Andrea Pirlo (gambar) mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak selepas perlawanan terakhir untuk New York City.

Bintang berusia 38 tahun itu sudah memenangi 116 perlawanan untuk Itali dan membantu negara itu memenangi Piala Dunia 2006.

Pirlo memulakan langkahnya dalam bola sepak di Brescia dan juga pernah bermain untuk Inter, AC Milan dan Juventus sebelum menyertai Major League Soccer dua tahun lalu.

"Bukan sahaja perjalanan saya di New York akan berakhir, tapi sebagai pemain bola sepak juga," katanya.

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Twitter miliknya, Pirlo turut berterima kasih kepada setiap pasukan yang pernah diwakilinya dan juga semua rakan pasukan.

Juventus menyifatkan Pirlo sebagai seorang yang benar-benar genius.

Sementara itu, pengurus New York City, Vieira berkata, Pirlo telah mengubah bola sepak buat selama-lamanya.

Selain membantu Azzuri menjadi juara dunia, Pirlo juga meraih pelbagai penghormatan sepanjang 22 tahun penglibatannya. - BBC Sport

Andrea Pirlo

Artikel Sebelum

Wakil PSG Dan Mourinho Bertemu

Artikel Berikut

Kane, Winks Tarik Diri

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain