suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

West Ham Pecat Bilić, Moyes Intai Peluang

West Ham memecat Bilić disebabkan oleh kegagalannya membimbing pasukan itu. - Agensi

WEST Ham memecat jurulatihnya, Slaven Bilić, manakala David Moyes dijangka untuk menggantikannya di Stadium London sehingga akhir musim ini.

The Hammers tewas 4-1 menentang Liverpool pada Sabtu sewaktu kedua-dua pasukan itu menamatkan zon relegasi.

"Pengerusi dan ahli majlis West Ham United ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven dan pasukannya untuk perkhidmatan sepanjang dua tahun setengah ini.

"Tetapi kami mempercayai satu perubahan adalah diperlukan bagi memberikan peluang kepada kelab untuk maju ke depan dan selari dengan cita-cita," menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi kelab tersebut.

Moyes pula tidak menguruskan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Sunderland pada akhir musim lalu, namun menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan itu.

Menurut Sky Sports, bekas pengurus Everton dan Manchester United itu akan dilantik untuk mengisi kontrak selama enam bulan pada Selasa sehingga akhir musim ini. - Eurosport

Slaven Bilić, David Moyes

Artikel Sebelum

Kane, Winks Tarik Diri

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga Jerman

Artikel Lain