suria

Moyes Pengurus Baharu West Ham

WEST HAM United melantik David Moyes sebagai pengurus baharu kelab tersebut pada Selasa bagi menggantikan Slaven Bilic yang dipecat.

"Ia satu tugas besar dan saya yakin semua akan bekerjasama memperoleh keputusan terbaik sehingga akhir musim ini," kata Moyes.

Ucapan Moyes itu dimuatnaik dalam akaun Twitter West Ham.

Moyes pernah mengemudi Everton selama 11 tahun sebelum mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Sir Alex Ferguson di Old Trafford.

Namun kariernya bersama Manchester United hanya mampu bertahan selama 10 bulan.

West Ham kini menduduki tangga ke-18 selepas hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan.

Pengerusi bersama The Hammers, David Sullivan berkata mereka memerlukan seorang pengurus yang berpengalaman dan ada pengetahuan luas dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami percaya Moyes adalah calon tepat yang boleh mengubah nasib West Ham dan mendapatkan pemain terbaik untuk pasukan," katanya.

Tugas pertama Moyes akan bermula ketika mengemudi West Ham berkunjung ke Watford pada 19 November ini.


West Ham, David Moyes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Ganti Ronaldo?

Artikel Lain