suria

“Mourinho Kena Hormat Saya”

Antonio Conte

SEORANG wartawan diminta untuk berhenti daripada bertanyakan tentang Jose Mourinho dalam sidang akhbar bersama Antonio Conte.

Mourinho bakal kembali ke bekas kelabnya, Chelsea, di mana dia telah meraih kejayaan besar di Stamford Bridge, tetapi dalam dua pertemuan melibatkan United dan Chelsea musim lepas, United kalah 4-0 dan 1-0.

Sejak itu hubungan antara dua pengurus itu diketahui ramai 'tidak baik', tetapi menjelang pertemuan dua kelab itu minggu ini, Conte tetap ditanya mengenai hubungannya dengan Mourinho.

-fotoAFP

Conte berkata: "Saya rasa hubungan antara jurulatih tak penting.

"Kami perlu menghormati tugas jurulatih lain. Saya menghormati tugasnya. Saya tak suka bercakap tentang situasi lain.

"Dia adalah lawan saya, saya juga lawan bagi dia. Selepas perlawanan, ia tetap sama.

"Saya hormati tugasnya, dia juga mesti ada rasa hormat terhadap tugas saya," katanya.

Tetapi ketika wartawan Sky Sports Kaveh Solhekol bertanya adakah hubungan mereka berdua bermasalah Conte menolak pertanyaan itu.

Solhekol kemudian bertanya kepada Conte adakah mereka akan berjabat tangan dan soalan itu dilihat mengecewakan pengurus dari Itali itu.

Ketika itu, pegawai akhbar Chelsea memberitahu Solhekol supaya berhenti bertanya mengenai Mourinho. -expressUK

Antonio Conte, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Tun M Pesan 'Kedah Kena Pulun'

Artikel Berikut

Morata Nak Cuba Nando's!

Artikel Lain