12 Pemain JDT Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat - Sukan | mStar

12 Pemain JDT Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat

PETALING JAYA: Seramai 24 orang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang sebagai persediaan menghadapi saingan Kelayakan Kumpulan B bertemu Korea Utara.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada memanggil 12 pemain Johor Darul Tak'zim (JDT) manakala bakinya adalah daripada pasukan Perak (4), Kedah (2), Pahang (2) Selangor (2), Felda United (1) dan Pulau Pinang (1).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu, 16 pemain yang dipanggil pada kem latihan Oktober lalu dikekalkan termasuk dua pemain, Ahmad Hazwan Bakri (JDT) dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang) yang tidak dibawa ke Hong Kong, masing-masing kerana kecederaan dan urusan kecemasan keluarga.

Manakala lapan pemain yang digugurkan terdiri daripada penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Syazwan Zainon (Kedah), Amirulhadi Zainal (JDT) serta Matthew Davies (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC) yang mengalami kecederaan.

Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan lapan nama baharu terdiri daripada penyerang skuad B-22 kebangsaan, Syafiq Ahmad (Kedah) serta tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Junior Eldstal, Afiq Fazail, S Kunanlan dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Bagi kem latihan pusat kali ini, sepuluh pemain dari Perak, Pahang, Selangor, Felda United dan Pulau Pinang akan melapor diri pada Sabtu ini, 4 November sementara baki 14 pemain dari JDT dan Kedah akan melapor diri pada Isnin, 6 November kerana terlibat dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Buriram melalui Bangkok pada Selasa, 7 November.

Mereka bakal  bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand pada 10 dan 13 November 2017.

Saingan kelayakan kumpulan ini menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 10 mata, Hong Kong di tangga kedua dengan 5 mata, Korea Utara ketiga dengan dua mata dan Malaysia di kedudukan keempat dengan satu mata.

Lebanon dan Hong Kong sudah beraksi empat perlawanan manakala Korea Utara dan Malaysia kurang satu perlawanan.

Senarai penuh pemain ke kem latihan kebangsaan:

Safiq Rahim -  Johor Darul Ta’zim
Ahmad Hazwan Bakri - Johor Darul Ta’zim
Darren Lok - Johor Darul Ta’zim
Nazmi Faiz Mansor - Johor Darul Ta’zim
Safawi Rasid- Johor Darul Ta’zim
Fadhli Shas [- Johor Darul Ta’zim
Fazly Mazlan - Johor Darul Ta’zim
Izham Tarmizi Roslan - Johor Darul Ta’zim
Junior Eldstal - Johor Darul Ta’zim
Afiq Fazail - Tengah Johor Darul Ta’zim
S Kunanlan - Johor Darul Ta’zim
Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham - Johor Darul Ta’zim
Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy - Perak
Shahrom Abdul Kalam - Perak
Nazirul Naim Che Hashim - Perak
Amirul Azhan Aznan - Perak
Baddrol Bakhtiar - Kedah
Syafiq Ahmad - Kedah
Kiko Insa - Pahang
Nor Azam Abdul Azih-  Pahang
Khairulazhan Khalid- Selangor
Adam Nor Azlin- Selangor
Wan Zack Haikal Wan Nor - Felda United
Syamer Kutty Abba - Pinang

Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Gurindam Lang Merah Bikin JDT Bimbang!

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Fadhli Kapten Harimau Malaya

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain