Jumpa Roma, Morata Minta Bantuan Hazard - Sukan | mStar

Jumpa Roma, Morata Minta Bantuan Hazard

ALVARO Morata tidak pernah menjaringkan sebarang gol ketika menentang Roma sepanjang kariernya meskipun beraksi lima kali menentang kelab Itali itu.

Penyerang Chelsea itu juga tidak mencipta peluang gol dalam lima pertemuan itu termasuk ketika terikat 3-3 apabila menentang pasukan Serie A itu, dua minggu lalu.

Morata dan rakan sepasukannya akan bertemu Roma untuk aksi peringkat kumpulan pada awal pagi Rabu.

Antonio Conte dijangka menurunkan barisan terkuatnya dalam merebut kedudukan teratas Kumpulan C.

Malah Morata kini mengharapkan bantuan Eden Hazard untuk menamatkan badi tanpa gol ketika menentang Roma.

"Ketika menentang Roma saya tidak pernah menjaringkan sebarang gol. Kami cuba melakukannya awal pagi esok. Saya pernah beraksi lima kali tapi saya akan cuba menjaringkan gol esok.

"Hazard, kami ada persefahaman, dia salah seorang pemain terbaik dunia. Kami perlu bermain lebih banyak perlawanan," katanya.

Hazard dan Morata sudah mula menyesuaikan diri antara satu sama lain ketika digandingkan bersama di Chelsea.

Conte turut kecewa apabila kedua-dua pemain itu bergelut dengan masalah kecederaan sehingga menjejaskan rentak permainan pasukan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Namun, Chelsea mempamerkan prestasi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara.Dengan dua kemenangan dan satu keputusan seri, Chelsea dalam kedudukan terbaik untuk merebut tangga teratas Kumpulan C jika menang ke atas Roma.

"Saya fikir kumpulan kami adalah kumpulan sukar dengan Atletico dan Roma juga antara pasukan kuat.

"Untuk berada di tangga teratas amat penting, kami akan cuba berdepan semua perlawanan," katanya.

Alvaro Morata , Eden Hazard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Morata 'Tebal Muka' Buat Pusingan U

Artikel Berkaitan

Ronaldo Rasa Kehilangan, Ini Jawab Morata!

Morata Buat Mourinho Kecewa

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain