suria

Moto3: Joan Mir Muncul Juara

Joan Mir.

SEPANG: Juara Dunia Moto3 Joan Mir yang bermula dari petak pertama mengungguli perlumbaan apabila menguasai kejohanan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, Ahad.

Pelumba berusia 20 tahun daripada pasukan Leopard Racing itu menamatkan perlumbaan 40 minit, 14.545 saat, 0.724s di depan rakan senegaranya, Jorge Martin daripada Del Conca Gresini Moto3dan 0.763s di hadapan pelumba Itali Enea Bastianini Estrella Galicia 0,0.

Ia merupakan hujung minggu yang menakjubkan bagi juara baharu dunia itu yang buat pertama kalinya berjaya menduduki petak pertama sepanjang karier Moto3 beliau, sejak kemunculan pertama pada 2015, walaupun telah memenangi 10 perlumbaan musim ini.

Adam Norrodin dari Malaysia yang mewakili SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 dengan 40:27.117s.

Sementara itu, pelumba wildcard Kasma Daniel Kasmayudin daripada Petronas Sprinta Racing gagal menamatkan perlumbaan apabila terjatuh pada pusingan akhir. - BERNAMA

Moto3, Joan Mir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain