suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Mahu Hukum Arsenal

NAMPAKNYA Alexis Sanchez akan kekal di Emirates sehingga penghujung musim ini selepas Manchester City dilaporkan tidak akan mendapatkan khidmat pemain itu pada Januari depan.

Sebelum ini, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menyatakan hasrat untuk membawa masuk pemain kebangsaan Chile itu apabila jendela perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan dengan bidaan sekitar 20 juta pound sterling.

Namun, City didakwa tidak akan menandatangani khidmatnya pada Januari, sebaliknya cuba mendapatkan Sanchez secara percuma apabila kontraknya berakhir pada musim panas akan datang.

Tindakan itu dilakukan untuk menghukum Arsenal yang membatalkan perpindahan Sanchez pada saat-saat akhir Ogos lalu, lapor The Mirror.

Arsenal sebenarnya bersetuju melepaskan Sanchez pada Ogos lalu tetapi membatalkan niat itu selepas gagal mendapatkan Thomas Lemar bagi menggantikan pemain tersebut.

Namun situasi itu mungkin berubah sekiranya ada kelab lain mahu mendapatkan Sanchez atau Pep Guardiola kehilangan seorang penyerang akibat kecederaan.

Malah Sanchez begitu terdesak untuk bekerjasama semula dengan Guardiola yang juga bekas pengurusnya di Monaco.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain