suria

Mourinho Sahkan Pemain Cedera Kembali Sabtu Ini

JOSE Mourinho mengesahkan seorang daripada pemain yang mengalami kecederaan akan kembali beraksi ketika Manchester United menentang Tottenham Hotspurs pada Sabtu ini.

Phil Jones terpaksa diketepikan ketika skuadnya tewas 2-1 kepada Huddersfield.

Jones berjaya memainkan peranan sebagai pertahanan United sejak awal musim sehingga menjadi pilihan utama Mourinho.

Dalam perlawanan awal pagi ini, Jones berada di bangku simpanan untuk menonton rakan sepasukan menewaskan Swansea 2-1 dalam aksi Piala Carabao.

"Saya rasa Jones telah bersedia kerana dia beritahu saya telah bersedia untuk bermain jika diperlukan.

"Jadi saya rasa dia lebih bersedia untuk perlawanan Sabtu ini," jelas Mourinho.

United kembali menghadapi krisis kecederaan pemain dengan kehilangan Marouane Fellaini, Paul Pogba,  Michael Carrick dan Eric Bailly.

Pemain berkenaan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah United sejak awal musim.


Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Lain