suria

Selangor Juala Piala Presiden 2017

KUALA TERENGGANU: Selangor tamatkan kemarau sembilan tahun apabila menjulang kejuaraan Piala Presiden 2017 selepas mengalahkan Terengganu pada perlawanan akhir kedua dengan agregat 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Jumaat.

Skuad kendalian Omar Ali beraksi selesa dengan berbekalkan dua gol berharga daripada perlawanan akhir pertama ketika menentang Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, 13 Ok lepas.

Terdahulu, Terengganu menerusi pemain jersi bernombor 7, Mohd Haidhir Suhaini berjaya menghasilkan jaringan menerusi sepakan  percuma di luar kotak penalti pada minit ke-24.

Asakan demi asakan hadir ke gawang Selangor namun kapten Selangor, Muhammad Haziq Ridwan cekap mengawal pintu gol.

Bagaimanapun skuad Terengganu gagal menambah mata sehingga wisel penamat dibunyikan selepas diberikan masa tambahan empat minit oleh pengadil perlawanan.

Selangor selaku juara membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta pingat emas manakala Terengganu menerima RM101,000 serta pingat perak.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. - Bernama

Piala Presiden 2017

Artikel Sebelum

Janji Williams Buat Everton

Artikel Berikut

Artikel Lain