suria

Aksi Malaysia - Korea Utara Di Venue Berkecuali

PETALING JAYA: Konferderasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan perlawanan Korea Utara dan Malaysia akan berlangsung di venue berkecuali (neutral venue).

Perlawanan Kelayakan Piala Asia bagi Kumpulan B itu akan berlangsung di venue yang sama bagi dua perlawanan yang melibatkan Malaysia dan Korea Utara.

Korea Utara bertindak sebagai tuan rumah pada perlawanan 10 November depan.

Manakala aksi kedua pula pada 13 November Malaysia sebagai tuan rumah.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John, peraturan perlawanan dikekalkan seperti sebelum ini bagi memastikan integriti sukan dijaga.

"Selepas banyak perbincangan diadakan, kami mencapai persetujuan untuk membuat keputusan tersebut.

"Perlawanan seperti ini, dapat membantu kami menjaga prinsip-prinsip kesukanan dalam saingan Kelayakan Piala Asia Akhir," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagaimana pun beliau tidak mengumumkan venue yang akan digunakan nanti.

Sebagai rekod, jadual asal perlawanan pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun lepas selepas ketegangan hubungan diplomatik ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan yang berlanjutan itu, aksi tersebut sekali lagi ditunda ke 5 Oktober lalu.

venue neutral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain