suria

Chelsea Menang Di Laman Sendiri

SELEPAS tewas dua kali berturut-turut, Chelsea kembali mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam.

Skuad Antonio Conte itu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Watford ketika aksi di Stamford Bridge.

Empat gol The Blues dijaringkan Pedro minit ke-11 permainan, dua gol daripada Michy Batrshuayi (71',90') serta Cesar Azpilicueta turut menyumbangkan satu gol pada minit ke-87.

Pada babak pertama, pemain lawan, Jose Holebas dilayangkan kad kuning gara-gara membantah keputusan pengadil yang memberi sepakan sudut kepada pemain Chelsea.

Sementara itu dua gol pasukan bimbingan Marco Silva itu dilakukan oleh Abdoulaye Doucoure sebelum wisel babak pertama dibunyikan.

Manakala Roberto Pereyra minit ke-49.

Kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea mara ke kedudukan keempat liga dengan 16 mata.

Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain