suria

Ini Rumah Saya - Kane

HARRY Kane menegaskan hanya mahu berada Tottenham Hotspur.

Ayam tambatan berusia 24 tahun itu dikaitkan bakal berpindah ke Real Madrid.

Jelas Kane, dia gembira dan akan menhabiskan kariernya bersama Spurs.

Pada zaman bola sepak moden ini, kesetiaan terhadap pasukan sukar dicari, namun sebaliknya bagi Kane.Kane mahu mengikit jejak beberapa pemain legenda seperti Ledley King yang menjadi 'one-club man' di Spurs dan juga Paul Scholes serta Ryan Giggs di Manchester United.

"Saya mahu menjadi one-club man. Ia bergantung kepada perjalanan kelab di masa akan datang tetapi saya mahu berada di sini dan ketika ini kami sangat bagus.

"Pusat latihan amat menakjubkan, stadium baharu bakal siap, pengurus yang hebat dan kami mempunyai pasukan muda. Ia sangat hebat," ujarnya kepada The Mirror.

Jelasnya, penyokong tidak perlu risau mengenai kaitan pemain yang akan berpindah.

"Kami semua gembira di sini dan mempunyak kontrak yang panjang. Khabar angin mungkin boleh jadi sebagai pujian dan ia menggambarkan kami telah melakukan yang terbaik.

"Kami tidak mengambil peduli mengenai perkara itu kerana kami ada kerja yang perlu dilakukan di sini," ujarnya.

Harry Kane, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain