suria

Kapten Everton ‘Bertinju’

Williams dilihat menumbuk pemain Lyon.

KAPTEN Everton Ashley Williams bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning ketika insiden menumbuk pemain Olympique Lyonnais.

Pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat, kekecohan berlaku ketika babak kedua perlawanan yang menyakisikan pasukan pelawat mendahului jaringan 1-0.

Williams hilang kawalan dan dilihat menghayunkan tangannya ke muka pemain tengah Lyon, Lucas Tousart.

Malah insiden itu turut melibatkan beberapa penyokong Everton yang telah menampar kepala  penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Penyokong yang mendukung seorang kanak-kanak dilihat bergaduh dengan penjaga gol Lyon.

Ia berpunca berpunca apabila kesilapan Williams dengan menolak Lopes yang cuba menyelamatkan gawang.

"Itulah yang berlaku dan ia adalah bola sepak. Apa yang berlaku telah berlaku," ujarnya ringkas kepada BT Sport selepas perlawanan.

Bagaimana pun Lopes memberitahu: "Saya tidak fikir ini adalah sebahagian daripada atmosfera Inggeris dengan memukul pemain lawan, tetapi ia berlaku seperti itu."

Manakala penyerang Lyon, Bertrand Traore turut dilayangkan kad kuning kerana memcabar penyokong Everton yang menggangu rakan sepasukannya.

Dalam pada itu, Williams yang menjaringkan gol tunggal Everton dijangka berdepan dengan tindakan disiplin daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) sebaik sahaja badan induk bola sepak Eropah itu meneliti rakaman yang berlaku.

Ashley Williams

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Perlawanan Liga Europa

Artikel Lain